Isnin, 27 Julai 2015

bendera pengakap

bendera pengakap

MAKSUD BENDERA PENGAKAP

Lambang Pangakap Malaysia Dan Dunia

Lambang Pengakap Malaysia
a) Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud “Persetiaan Pengakap” iaitu:-” taat kepada Tuhan,Raja dan Negara” , “Menolong orang setiap masa” , “menurut undang-undang Pengakap”.
b) Di dalam kedua-kedua kelopak terdapat bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.
c) Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan “Persaudaraan Pengakap”
d) Bintang pecah 14  yang terdapat di tengah kelopak melambangkan “Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia”
d) Bulan Sabit yang terdapat di bawah kelopak menandakan “Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam”.
e) Lingkaran Tali berwarna biru tua melambangkan “Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia”.
f) Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap.
kuning – “Pengakap Kanak-Kanak”, hijau “Pengakap Muda”, merah “Pengakap Remaja”
g) Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Lambang Pengakap Dunia
a) Lambang Pengakap Dunia terletak di tengah lingkaran tali dengan hujungnya dimatikan dengan ikatan buku sila. Lingkaran tali membawa maksud ‘ persaudaraan Pengakap seluruh dunia.’
b) Lambang Pengakap di dalam lingkaran tali itu mempunyai tiga kelopak yang membawa maksud Persetiaan Pengakap.
c) Di dalam kelopak kiri dan kanan terdapat bintang pecah lima pecahan bintang itu,membawa maksud  sepuluh Undang-Undang Pengakap.
d) Ketiga-tiga kelopak pula dicantum dengan satu ikatan tali.Ikatan itu membawa erti yang pengakap itu bersaudara dengan semua pengakap seluruh dunia.
e) Warna ungu pada lambang ialah warna Biro Pengakap Sedunia.
f) Warna putih membawa maksud kecucian dan kebersihan.

2 ulasan:

  1. bagus catatan anda.Saya Haizil memberi anda tiga setengah bintang.

    BalasPadam
  2. PlayAmo Casino Hotel Maryland - Mapyro
    Find Casinos 세종특별자치 출장마사지 Near Harrah's Philadelphia, 광주광역 출장안마 MD, Other Cities in 공주 출장마사지 Washington DC. Use this map to explore and 군산 출장안마 book your stay at the Harrah's Casino 광주 출장마사지 in

    BalasPadam